McDonalds Nafi Salur Dana Pada Israel

Kuala Lumpur – Rangkaian restoran makanan segera McDonald’s menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hasil keuntungan syarikat itu akan diserahkan kepada pihak tertentu.

McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya tidak menyokong mana-mana negara yang terlibat dengan konflik.

“McDonald’s tidak menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restoran kami untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia,” katanya.

Menurutnya, McDonald’s Malaysia juga teguh berpegang kepada prinsip menjalankan perniagaan secara beretika.

Malah mereka juga menyokong sebarang program yang melibatkan nilai kemanusiaan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Di Malaysia,kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francais tempatan dan pekerjaan kepada 12,000 rakyat Malaysia yang memberi layanan mesra kepada para pelanggan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.