Mayat Berbalut Kain Langsir Di Tempat Pembuangan Sampah

Phnom Penh – Polis di Kemboja berkata mereka menyiasat kematian seorang guru Amerika yang mayatnya ditemui dibalut dengan langsir dan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di ibu negara.

Pegawai polis Mom Sitha mengenal pasti mangsa sebagai William Glen dan berkata dia berada di negara itu sejak dua bulan, mengajar di beberapa buah sekolah.

Mom Sitha berkata, William meninggalkan rumah tumpangannya dan tidak kembali.

Mayatnya ditemui keesokan harinya.

Diplomat AS tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Cambodia Daily melaporkan lelaki berusia 43 tahun itu berasal dari Mississippi.

Mom Sitha berkata tiada suspek yang ditahan untuk membantu penyiasatan polis setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.