Malaysia Hantar 50 Doktor Pakar Ke Gaza

Melaka – Malaysia akan menghantar seramai 50 doktor pakar bagi ‘Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza’ dalam masa terdekat .

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata keputusan itu dinyatakan PresidenUMNO Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.

“Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal dunia setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan.

“Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita,” katanya.

Beliau berkata sehingga hari ini, seramai 43 sukarelawan termasuk 10 doktor telah menyatakan hasrat untuk menyertai misi tersebut.

Katanya pihaknya juga mensasarkan untuk menghantar kira-kira 10 tan bantuan terdiri daripada peralatan perubatan dan makanan ke Gaza.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan atau sumbangan pakaian boleh menghubungi talian 03-22736004 atau menghantarnya ke bilik gerakan misi tersebut di No 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Sementara itu, katanya, TH mensasarkan agihan zakat berjumlah RM1.7 juta melibatkan 3,424 asnaf miskin dan fakir di seluruh negara melalui Projek Ehsan pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.