Makan Malam Terakhir

Kota Kinabalu – Koperal Ab Rajah Jamuan dikatakan sempat makan malam bersama rakan setugasnya, Konstabel Zakia Aliep ketika serangan dilakukan kumpulan bersenjata di Pulau Mabul.

Mayatnya kemudian ditemui di bawah jeti berhampiran restoran dia dan rakan setugasnya menikmati makanan.

Jenazah allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Tawau untuk menjalani bedah siasat pada jam 10.30 pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11 malam Sabtu, Ab Rajah, 32 tahun terkorban selepas diserang hendap sekumpulan lapan lelaki bersenjata di Smart Water Bungalow Resort di Pulau Mabul.

Menurut laporan awal, suspek yang datang daripada selatan Filipina secara senyap memasuki lokasi sebelum melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Selain mensasarkan premis berkenaan, penceroboh turut menyerang bot pengawal Polis Marin yang berada berhampiran.

Susulan insiden yang berlaku, gerakan memburu besar-besaran membabitkan semua agensi keselamatan digerakkan di perairan Semporna.

Koperal Rajah 2

 

 

 

 

 

 

Baca : Terkini : Pertempuran Dengan Penganas Sulu, Anggota Polis Marin Terbunuh Di Semporna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.