Gosip Bercinta Dengan Pelakon Kacak : Siapakah Syaitan Yang Membuat Fitnah Ni? – Fazura

Apa saja yang dilakukan oleh Nur Fazura, memang akan mendapat perhatian umum. Maklumlah, Fazura boleh dianggap sebagai antara selebriti berpengaruh dalam industri, betul tak?

Baru saja nak surut isu kononnya dia bercinta dengan seorang DJ bernama Randy Seidman, sekali lagi namanya menjadi panas di forum-forum hiburan apabila dia dikatakan bercinta dengan Remy Ishak.

Terkejut juga kami bila baca gosip tersebut. Mana taknya, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bercinta. Namun kesempatan kami bertemu Fazura di Tayangan Perdana Filem Tembus merungkai persoalan ini. Jeng jeng jeng!

Kalau kami terkejut, tuan badan nampaknya terkesima bila kami ajukan soalan ini. Iyalah, menurut Fazura, kali terakhir dia berjumpa Remy Ishak sejak berlakon bersama dalam drama Tahajud Cinta.

Malah, ketika ditanya adakah Fazura tahu akan berita tersebut, dengan selamba dia menjawab dia tak tahu-menahu pun mengenai perkara ini.

Saya tak jumpa Remy Ishak sejak drama Tahajud Cinta. Saya pun tak tahu, bulan puasa orang kata syaitan kena ikat so, siapakah syaitan-syaitan yang membuat fitnah ni, jadi terpulanglah.

Saya tak baca blog jadi saya tak tau cerita, saya tak suka orang mengata orang, fitnah-fitnah ni saya tak suka, jadi kalau orang nak buat cerita ni saya macam, emm tak apalah, buatlah. Saya memang melarang perkara tu masuk ke kepala saya, saya tak boleh bagi masa dan juga otak saya memikirkan perkara-perkara macam ni.

Tak apalah Fazura, nama pun selebriti, bab kenen-kenenkan artis ni kan perkara biasa. Apapun, kami doakan Fazura akan menemui seseorang yang berjaya menawan hatinya satu hari nanti.

Kepada peminat setia Fazura, jangan lupa serbu pawagam berdekatan dan tonton filem terbaru lakonannya bersama Aaron Aziz, Luna Maya dan Khir Rahman pada 28 Julai 2014 nanti ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.