Gajah Berusia 50 Tahun Dibunuh, Gading Digergaji

Ayutthaya – Polis, tentera dan pegawai awam memeriksa penduduk tempatan Jumaat lalu selepas gajah berusia 50 tahun, bintang filem dan upacara diraja, dibunuh dan gadingnya digergaji.

Mereka memeriksa penduduk di sekitar Wat Chedi Daeng dan Wat Maha Lok, serta kampung berdekatan jambatan merentasi sungai Lop Buri di Phra Nakhon Si, Daerah Ayutthaya.

Pihak penyiasat berkata mereka percaya pemuda tempatan, kemungkinan penagih dadah, memberi racun gajah jantan Phlai Khlao dan menggergaji gadingnya tanpa mengetahui nilai sebenar gading gajah.

Ketua Polis Ayutthaya, Mejar Jeneral Sermkid Sittichaiyakan berkata seorang suspek Naret Wangkalung, yang disoal siasat tidak mengaku bersubahat dalam perbuatan keji berkenaan.

Bekas penjaga gajah berusia 32 tahun itu awalnya dipecat daripada kem gajah di mana Phlai Khalo ditempatkan, kerana masalah ketagihan dadah, lapor Bangkok Post

Naret memberitahu wartawan dan polis dia masih menagih tetapi menafikan mempunyai maklumat mengenai pembunuhan gajah jantan itu.

Pada mulanya pihak penyiasat mengagak ia ada kena mengena dengan penyeludupan gading gajah tetapi tumpuan siastan berubah apabila pemilik Elephant Kraal, Laithongrian Meephan berkata pembunuh gajah itu mungkin belia tempatan atau penagih dadah.

Ini kerana mereka tidak menggergaji gading gajah hingga ke pangkal. Katanya si pembunuh tidak tahu bahawa gading yang cantik dan bernilai tinggi mesti digergaji di bahagian pangkal.

Thailand yang mempunyai pasaran dalam negeri untuk gading, merupakan satu daripada negara yang disasarkan oleh aktivis hidupan liar sebagai pusat perdagangan gading gajah antarabangsa haram.

Phlai Khlao adalah gajah jantan berusia 50 tahun dengan berat kira-kira 4.9 tan diracun ketika ditambat semalaman di pokok tidak jauh dari sungai Lop Buri di kampung Moo.

Bedah sisat dan pakar forensik polis akan mengenal pasti jenis racun yang digunakan dan waktu kematian haiwan itu.

Phlai Phlao ditanam di kem gajah pada Jumaat dalam upacara keagamaan yang dijalankan sami tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.