ESSCOM: Serangan Ada Kaitan Cubaan Penculikan

Semporna – Serangan hendap lapan lelaki bersenjata berat yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Mabul, malam semalam dipercayai ada kaitan dengan cubaan melakukan penculikan dan balas dendam.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata, kumpulan terbabit dipercayai cuba melakukan penculikan di pulau itu tetapi menyerang anggota polis selepas bertembung.

Beliau berkata, tindakan lapan lelaki berseluar celoreng, berbaju hitam dan bertopeng itu juga dipercayai ada kaitan dengan tindak balas kumpulan berkenaan terhadap pasukan keselamatan berikutan peningkatan operasi penguatkuasaan di kawasan berkenaan.

“Jika ini puncanya, ia adalah pengorbanan pasukan keselamatan dalam mencegah kejadian penculikan,” katanya kepada media, di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.