Dia Boleh Pura-Pura Tak tahu, Sedangkan Dia Adalah Punca – Aeril

Kuala Lumpur – Ekoran isu kehilangan kereta model Swift bernombor pendaftaran WWY 5833, pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi rasa kecewa terhadap individu yang ‘mencuri’ kereta mereka sekitar tahun lalu.

Jelas Aeril ketika dihubungi, bukan kehilangan kereta tersebut yang membuat mereka kecewa. Sebaliknya tingkah laku individu tersebut yang sering berpura-pura seolah-olah tida tahu menahu tentang kehilangan kereta terbabit.

“Kami kecewa dengan tingkah laku dia. Kami memang dah kenal lama individu ini. Ada masanya dia merasa begitu rapat dengan kami. Tapi dia boleh pura-pura tak tahu sedangkan dia adalah punca,” kata Aeril sinis.

Apabila ditanya siapakah gerangan orang yang dimaksudkan itu, Aeril enggan mendedahkannya kerana perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

“Kami dah buat laporan polis sejak tahun lepas. Lagipun kami masih dalam proses mengumpul segala bukti. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka terlebih dahulu. Sampai masanya kebenaran akan datang,” katanya.

Aeril turut menjelaskan bahawa kereta tersebut bukan milik MIG seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Kata Aeril, kereta tersebut memang atas nama MIG tapi Wawa yang membayar ansuran pinjaman setiap bulan.

“Waktu Wawa nak beli kereta tu, dia tak cukup syarat untuk membuat pinjaman kereta. Oleh kerana itu, kereta tersebut dibeli atas nama MIG. Tapi wang pendahuluan, bayaran setiap bulan dan sebagainya dibuat oleh Wawa,” jelas Aeril mengakhiri bicara.

 

Baca : David Teo Tidak Campur Isu Kecurian Kereta Wawa Zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.