Boikot Produk Israel Hanya Berkesan Jika Libatkan Masyarakat Dunia – Tun Dr Mahathir

Langkawi – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.

Katanya tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.

“Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia”, katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Jetty Point Langkawi di Masjid Darus Salam Nyior Cabang di Langkawi, malam ini.

Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.

One thought on “Boikot Produk Israel Hanya Berkesan Jika Libatkan Masyarakat Dunia – Tun Dr Mahathir

  • July 15, 2014 at 12:25 am
    Permalink

    Saya menyokong tindakan tersebut . Jika kita sebulat suara memboikot barangan Israel mesti mereka tiada dana untuk membeli senjata dan seumpamanya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.