Azwan Ali Jawab Isu Bazar Ramadhan Rasa Sampah

Kuala Lumpur – Pengacara sensasi Azwan Ali menyifatkan tindakan dia memuat naik status yang dikatakan menghina juadah bazar Ramadan baru- baru ini di laman sosial Twitter miliknya adalah wajar.

Menurut Azwan, dia tidak ambil peduli dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya berikutan kontroversi tersebut.

“Cuba baca balik apa yang saya tulis… Saya menggunakan perkataan ‘most’ jadi maksud dalam bahasa Melayunya ialah kebanyakkan.

“Saya tak tujukan kepada semua bazar tetapi saya kata kebanyakkan… Kenapa mereka mesti marah? Kalau mereka sediakan juadah dengan betul dan ikhlas tak patutlah rasa marah.

“Walaupun saya diugut oleh peniaga bazar saya tak takut sebab apa yang saya kata ini adalah benda yang wajar,” katanya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan program-program Astro sempena Aidilfitri dan majlis berbuka puasa Astro bertempat di Hotel Royal Chulan pada Rabu malam.

Tambah Azwan lagi, tindakannya itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana juadah yang dibeli di sebuah bazar didapati telah basi.

“Punca saya memuat naik status itu di laman sosial adalah kerana saya berasa tidak puas hati dengan juadah yang saya beli di sebuah bazar.

“Saya beli martabak dan apabila tibanya waktu berbuka rupa-rupanya martabak itu dah basi… Bawang yang basi mereka campurkan dalam murtabak.

“Kalau nak berniaga biarlah ikhlas, janganlah nak fikir keuntungan sahaja… Perkara-perkara begini boleh membawa kepada keracunan makanan,”jelasnya ringkas.

Dalam pada itu, pengacara ini mengakui kelancangannya berbicara di media sosial banyak memberi pengajaran buat dirinya.

Malah sempena bulan yang mulia ini dan sebelum berangkat untuk menunaikan Umrah pada 21 Julai ini, Azwan Ali juga ingin memohon maaf diatas segaka kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya tak nafikan bahawa saya memang bersikap terlalu lancang di media sosial dan apa yang saya dapati masyarakat kita tidak boleh ditegur secara ‘direct’.

“Itu sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada saya dan sempena bulan mulia ini saya ingin memohon maaf kepada semua… Tetapi sekiranya ada yang berdendam dan tidak mahu memaafkan saya, tak mengapa.

“Tindakan saya bersuara dia laman sosial hanyalah untuk mempertahankan kenyataan-kenyataan saya kerana semuanya benar dan mempunyai fakta.” Katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Terdahulu, Azwan Ali telah memuat naik status yang seakan- akan menghina juadah di bazar Ramadan dengan menyifatkannya sebagai sampah. Perbuatannya itu telah mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman hebat masyarakat.

 

Baca : Juadah Bazar Ramadhan Seperti Sampah – Azwan Ali

 

Baca : Azwan Ali Dakwa Dibayar Ribuan Ringgit Hanya Untuk Job Memaki Hamun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.