Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah untuk pertuduhan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi menghadapi pertuduhan ke atas mereka.

Van polis yang membawa mereka tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 9.12 pagi tadi bersama kenderaan membawa datuk dan nenek Zayn Rayyan.

Selain ahli keluarga pasangan suami isteri itu, turut dilihat hadir ke kompleks mahkamah adalah peguam mewakili mereka iaitu Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.

Mahmud tiba di kompleks mahkamah pada jam 8.50 pagi, manakala Fahmi tiba pada jam 9.15 pagi tadi, lapor BH pada Khamis.

Terdahulu, seawal jam 7 pagi, puluhan wakil media mula berkumpul di luar perkarangan kompleks mahkamah ini bagi membuat liputan prosiding yang dijangka akan berlangsung pada jam 10 pagi ini.

Akhbar itu sebelum ini melaporkan, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin akan menghadapi pertuduhan yang akan dijalankan di Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Perkara itu disahkan peguam mewakili bapa kanak-kanak itu, Fahmi ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau belum dapat mengesahkan intipati pertuduhan yang bakal dihadapi oleh pasangan suami isteri itu.

Semalam, ibu kepada Zayn Rayyan dibawa oleh pegawai penyiasat ke mahkamah ini untuk permohonan bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme berkenaan.

Namun, peguam bela wanita itu, Mahmud Jumaat, dipetik berkata pihaknya membantah permohonan terbabit yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Beliau berkata, anak guamnya juga tidak membuat sebarang pengakuan, sebaliknya hanya memberikan keterangan yang direkodkan oleh Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di Puncak Alam, Selangor pada 31 Mei lalu sebelum direman tujuh hari sehingga 7 Jun lalu.

Pada 7 Jun lalu, kedua-duanya telah disambung reman enam hari lagi dan keseluruhan tempoh reman selama 13 hari akan tamat hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat