DOF tahan 16 pemancing ceroboh kawasan perairan Taman Laut Pulau Payar

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA KEDAH – Anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Kelunchur, Jabatan Perikanan (DOF) Kedah menahan bot bersama 16 pemancing dalam kawasan perairan Taman Laut Pulau Payar pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah DOF Kedah, Pang Anak Nyukang berkata, kesemua mereka adalah warga tempatan itu telah di tahan ketika asyik memancing di kedudukan 1.8 batu nautika dari Taman Laut Pulau Payar.

Mereka yang berada di atas bot telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 43(1)(a) menangkap atau cuba menangkap ikan di kawasan Taman Laut.

Selain itu, mereka turut ditahan di bawah seksyen 43(1)(e) menjatuhkan apa-apa jenis pemberat di dalam kawasan Taman Laut mengikut Akta Perikanan 1985.

Antara peralatan memancing yang dirampas oleh anggota CKOPP Kelunchur DOF Kedah Foto UKK DOF

Turut disita adalah sebuah bot kargo/penumpang, set peralatan memancing dan hasil tangkapan dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM200,000.

Pang berkata, kawasan Taman Laut Pulau Payar ini diwujudkan bagi memastikan sumber perikanan mempunyai kawasan untuk berkembang biak bagi menambah sumber perikanan negeri Kedah.

Katanya, semua pihak perlu sama-sama mengambil cakna tentang peraturan-peraturan berkaitan Taman Laut Pulau Payar dan kepentingan kawasan Taman Laut itu sendiri.

“DOF akan sentiasa bersiap-siaga mengawasi perairan Taman Laut daripada dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya .- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat