Vida Stress Disiasat JKM Kerana Dakwaan Dera Emosi Anak

KUALA LUMPUR — Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman disiasat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana didakwa mendera emosi anak perempuannya.

Pengasas produk Qu Puteh itu didatangi pegawai JKM ekoran aduan orang awam yang mendakwa beliau mengeksploitasi Nur Edlynn Zamileen, 13, lebih dikenali sebagai Cik B.

“Saya stress didatangi JKM pasal saya mendera emosi Cik B.

“Sebab Cik B seorang yang pemalu dia bukan seperti budak-budak lain dan akhirnya netizen pergi lapor JKM kata Datuk Seri Vida mendera emosi Cik B,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram.

Lebih dikenali sebagai Vida, Hasmiza berkata perkara itu terjadi ketika pelancaran baju raya di Festival Mood Republik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian Vida menyuruh anaknya memakai baju kurung yang agak ketat bagi tujuan promosi.

Beliau berkata, pegawai JKM kemudian datang ke rumahnya dan menyoal siasat Nur Edlynn.

“Siapa nak tolong saya bisnes kalau bukan Cik B?” soalnya sambil menunjukkan anaknya sedang bermain bola di padang, menafikan Edlynn mengalami tekanan emosi. – ProjekMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.