Wanita Baca Al-Quran Ketika Terperangkap Kesesakan Tular Di Media Sosial

JAKARTA – Kota metropolitan Jakarta memang terkenal dengan kesesakan lalu-lintas yang teruk dan keadaan tersebut bertambah gawat di bulan Ramadan, khususnya pada waktu orang ramai hendak pulang berbuka puasa.

Bagaimanapun tindakan seorang wanita membaca al-Quran ketika berada di atas motosikal yang terperangkap di dalam kesesakan hari ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, bahkan menjadi tular di media sosial.

Gambar tersebut dimuatkan di dalam instagram.com/dramaojol.id memaparkan seorang wanita yang jaket dan topi keledar berlogo Grab.

Berdasar cerita yang dipaparkan wanita tersebut dikatakan seorang penunggang Grab Motosikal telah mengambil seorang penumpang di Pondok Indah di Jakarta.

Simpati dengan wanita berkenaan, penumpang berkenaan telah menunggang motosikal tersebut dan wanita bekerja sebagai penunggang Grab itu diminta membonceng.

Wanita berkenaan pula ketika kenderaan yang dinaiki terperangkap di dalam kesesakan membaca al-Quran dan perbuatan wanita berkenaan mendapat pujian para netizen.

Ramai juga yang melahirkan keinsafan kerana masa atau kekangan pekerjaan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak beribadah dan mencari pahala di sepanjang Ramadan ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.