Video : KPDNKK Akan Siasat Penjualan Daging Babi Sebagai Daging Lembu Segar

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membuat pemantauan dan siasatan ke atas kedai yang menjual daging babi sebagai daging lembu segar seperti yang tular di media sosial, kata Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Kita akan adakan lawatan dan pemeriksaan selepas ini,”katanya di bangunan kementerian itu di sini, hari ini.

Kelmarin, SuaraTV melaporkan berita tular media sosial berhubung penjualan daging babi yang didakwa sebagai daging lembu segar di kedai Acheh Semenyih Impian berdekatan dengan kawasan Kajang.

Ia menerusi perkongsian pengguna Facebook, Nordin Mat mendakwa perkara itu tidak dapat dibezakan jika pelanggan yang tidak tahu mengenai penjualan daging babi tersebut.

Lapor status itu, bekalan daging lembu segar sangat sukar didapati kerana bekalan lembu tempatan disimpan untuk raya puasa nanti dan raya korban manakala lembu import sangat berkurangan kerana harga lembu Thai dan Australia sangat mahal.

Menurut status itu lagi, rata rata pengguna di Malaysia tidak kenal perbezaan di antara daging lembu kambing kerbau biri biri rusa dan babi. Kebanyakan meletakkan tanggungjawab halal pada pihak Jakim.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.