Tular Iftar Gay Dapat Sambutan, Pendukung LGBT Makin Ramai

KUALA LUMPUR- Tular satu gerakan Pelangi Campaign yang diketuai Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dalam kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun lalu.

Menerusi laporan laman sesawang, www.menara.my, maklumat itu diperolehi daripada sumber iaitu peserta yang hadir pada majlis itu di Bangsar.

Menurut laman terbabit, sumber memberitahu, ketua gerakan itu merupakan alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP itu sangat teruja dengan kehadiran pendukung gerakan terbabit.

Dia turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dilaksanakan dengan jaya.

“Program memperlihatkan kehadiran ramai aktivis serta penyokong LGBT tempatan. 

“Antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis ini adalah mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters. Secara umumnya kesemua hadirin yang hadir bersetuju bahawa perjuangan LGBT di Malaysia telah bertambah kuat dan semakin kukuh dengan kehadiran bersama sekutu-sekutu dalam gerakan ini.

“Kini di Malaysia gerakan ini semakin kuat, dan tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing (merujuk kepada tuntutan puak LGBT).

“Saya ingin berterima kasih kepada sekutu-sekutu kami. Tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing. Paksi kita telah berkembang dengan banyaknya,” ujar Dorian Wilde, lapor laman itu lagi.

Sehubungan itu, Suri Kempe turut menyifatkan pergerakan itu telah berkembang dengan banyaknya dengan kehadiran mereka.

“Anda adalah masa depan negara, jangan biarkan kehidupan anda dikawal oleh ‘kata-kata’,” tegas Nisha Ayub.

Dalam pada iu laman iu turut menjelaskan upacara berbuka puasa yang dihadiri oleh pendukung agenda LGBT Program itu juga menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk “Halal/Haram” oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland.

“Tujuan program ini adalah untuk mengingati pengamal LGBT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu.

“Demikian itu tajuk forum adalah “Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity”, atau Bahasa Melayunya, ‘Memperingati Orlando: Keberanian Berdepan Dugaan’,”tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.