Restoran Ini Hanya Upah Pelayan Yang Nyanyuk Dan Pelupa Sahaja

ANDA tentu akan marah jika lain yang dipesan, lain yang dibawa oleh pelayan restoran. Namun jika anda makan di sebuah restoran di Tokyo ini, anda tidak boleh marah sama sekali.

Sebaliknya itulah konsep Restaurant of Order Mistakes. Restoran ini hanya mengupah pelayan yang nyanyuk dan pelupa yang kebanyakannya warga emas.

Maknanya lain yang dipesan, lain yang dibawa tetapi pada masa yang sama, pelanggan tidak boleh berasa marah atau menyesal kerana berkunjung di situ.

Salah satu matlamat penubuhan restoran itu sebenarnya adalah untuk membuktikan bahawa pesakit nyanyuk dan pelupa juga mempunyai peranan dalam masyarakat.

Salah seorang bloger makanan, Mizuho Kudo telah melawat restoran berkenaan dan dia menceritakan bagaimana makanan yang dipesannya hamburger, namun kuih lain yang sampai kepadanya.

“Saya ok je bila kuih yang datang dan kami semua ketawa,’’ tulisnya dalam akaun twitternya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.