‘Ponteng Pantang’ Sharifah Sakinah Dikecam Netizen

Pelakon Sharifah Sakinah dikecam netizen kerana keluar dari rumah sebelum habis tempoh berpantang.

Menerusi laman Instagram Sakinah memberitahu dia ‘ponteng pantang’ dengan memuatnaik gambar berpakaian sukan.

“Ponteng pantang tepi lift”tulis Sakinah.

Sementara itu, entri tersebut mengundang pelbagai komen daripada pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata mengecam tindakan Sakinah.

Sakinah disifatkan sebagai tidak menjaga badan.

Bagaimanapun, tidak kurang juga menasihatkan Sakinah supaya terus mengamalkan pantang dengan cara yang betul supaya tubuhnya lebih sihat.

“@anwar9224 Ponteng pantang takut urat akan bertambah sakit bila tua atau muda”

“@syantieeahmad Sepatutnya anak pertama kita wanita memang perlu pantang sebaik yang mungkin.Sebanyak 44 urut dalam badan kita putus sebaik saya kita melahirkan anak. Sebab itu kita mesti berpantang selama 45 hari. Dalam  45 hari tu kita perlu jaga pemakanan dan tingkah laku. Bak kata nenek saya, sekarang memang lah engkau tak rasa apa-apa nanti bila umur dah semakin meningkat mula lah sakit satu badan,sakit kepala,kalau dapat ikutlah pantang yang betul yer”

“@linda.tazli82 Takut nanti dapat meroyan,  pantang jangan tak berpantang walau pun adik oiii”, seperti memetik AstroGempak.

Tidak kurang juga ada yang menyokong Sakinah kerana beranggapan pelakon itu hanya ingin mengambil angin di luar selepas beberapa hari berada di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.