Perokok Melecur 70 Peratus, Disambar Nyalaan Api

BAGAN SERAI — Seorang pengganggur melecur hampir 70 peratus apabila disambar api daripada pemetik api ketika menyalakan rokok di rumahnya di Taman Serai Jaya, dekat sini, malam tadi.

Lelaki yang dikenali sebagai Tan Eng Kian, 36, dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan selepas kejadian pada pukul 7.40 malam.

Menurut bapa mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, anaknya itu tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

“Saya hanya mengetahui tentang kejadian tersebut setelah dihubungi oleh seorang jiran anak,” katanya ketika ditemui di Hospital parit Buntar di sini, semalam, lapor Bernama.

Sementara itu, ketua polis daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya tidak dimaklumkan oleh sesiapa mengenai insiden tersebut dan mangsa belum membuat laporan polis.

“Walaubagaimanapun saya telah mengarahkan pegawai pergi ke Hospital Parit Buntar dan doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa telah terbakar serta dalam keadaan kritikal,” katanya.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.