PBB Diminta Campur Tangan Tindakan Boikot Qatar Airways

DOHA – Qatar Airways meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tindakan boikot oleh beberapa negara Teluk terhadap syarikat penerbangan itu sebagai tidak sah.

Menurut AFP, syarikat penerbangan itu turut meminta supaya tindakan boikot berkenaan satu pelanggaran terhadap Konvensyen 1944 mengenai pengangkutan udara antarabangsa, lapor RTM.

Dalam temubual yang disiarkan secara langsung di televisyen, Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways, Akbar Al Baker mendesak campur tangan bahagian penerbangan awam PBB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.