Pas Matang, Mahu PKR Kelantan Kekal Sehingga PRU14

KOTA BHARU -Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan harapan Pas agar PKR Kelantan meneruskan perkhidmatan sehingga Pilihanraya Umum ke-14 menunjukkan kemantangan Pas berpolitik.

Menurut beliau, sungguhpun PAs dan PKR bersaing diantara satu sama lain, namun pentadbiran kerajaan negeri perlu diutamakan.

“Pendirian pemimpin Pas dalam isu implikasi pemutusan kerjasama politik dengan PKR masih konsisten di mana Pas sebagai peneraju kerajaan Kelantan tidak bertindak terburu-buru membuang pemimpin PKR dari jawatan mereka.

“Ini selaras dengan pendirian pemimpin Pas bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat di dalam PRU13 perlu dipertahankan sehingga menjelangnya PRU14 sekali gus mendorong mereka bersetuju kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.

“Kemampuan membezakan antara pemutusan kerjasama politik di peringkat parti dengan peringkat pentadbiran kerajaan negeri menjadi petunjuk kepada Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diterapkan oleh pimpinan Pas ke dalam parti itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata Biro Politik PKR terburu-buru membuat keputusan supaya semua lantikan politik parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuat kuasa serta-merta.

“Ini kononnya dibuat bagi menunjukkan kesungguhan PKR berpegang kepada prinsip berbanding kepentingan peribadi pemimpin walhal kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri juga boleh dihujahkan atas dasar prinsip, termasuk menghormati mandat rakyat.

“Ada kemungkinan keputusan Biro Politik PKR itu didorong oleh hasrat sesetengah pemimpin PKR supaya pemimpin Pas turut menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, tetapi bila Menteri Besar dan Sultan mahu status quo dikekalkan maka ia tidak lagi berbangkit.

“Terpulang kepada pemimpin PKR untuk kekal dengan keputusan awal mereka atau tidak,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.