Nafi Suami Larang Berlakon – Liyana Jasmay

KUALA LUMPUR – Pelakon popular tanah air, Liyana Jasmay menafikan bahawa suaminya, Fathuddin Mazlan melarangnya daripada berlakon sebaliknya beliau akan kembali aktif dalam bidang lakonan.

Menurutnya, beliau mengharap mendapat tawaran yang menarik dan berbeza.

“Saya berharap mendapat tawaran menarik. Kalau boleh, biarlah berbeza. Agak lama juga saya tak mencuba sesuatu yang baharu dalam lakonan.

“Alhamdulillah, setakat ini, suami masih mengizinkan saya berlakon. “Tetapi dia keberatan jika penggambaran dilakukan di luar negara. Ini kerana dia rasa kurang selamat,” katanya.

BEliau yang yang akan muncul dengan filem Bella & Jamie, Oktober depan berkata, beliau mahu meneruskan karier lakonannya asalkan mendapat kebenaran dari suaminya.

Bercerita mengenai kehidupannya sebagai isteri dan ibu, beliau mengakui hidupnya tidak terurus andai tiada pembantu rumah kesayangan yang dipanggil Bibik.

Menurut beliau, bibik banyak membantunya dalam menguruskan hal rumah dan keperluan anaknya, Sofia Arissa yang berumur tiga tahun dan Selena Fathuddin, setahun lima bulan.

“Jika ada kerja yang saya tak dapat bereskan atau terlupa, Bibiklah yang bantu. Bibiklah yang uruskan anak-anak makan. Tapi kalau untuk suami, saya yang sediakan.

“Andai tiada Bibik, saya boleh jadi pening. Dia ibarat ‘penyelamat’ dan saya sangat sayang kepadanya,” katanya. Mengenai perniagaan fesyen jenama Mermaid Luxe yang diusahakannya sejak 2014, Liyana berkata, dia dan kakak yang sama-sama mengendalikan perniagaan itu tidak menganggap diri mereka sebagai pereka fesyen.

“Kami menggunakan khidmat pereka fesyen untuk bekerjasama. Kami hanya memberi input. Kami menghasilkan produk fesyen seperti jenama Zara dan Uniqlo.

“Selain bekerjasama dengan Zalora, jenama saya juga dijual di kedai ‘pop up’ di pusat beli-belah Mid Valley hingga bulan depan. Koleksi raya ini diusahakan sejak Oktober tahun lalu,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.