Microsoft Umumkan Konsol Video Baharu, ‘Xbox One X’

LOS ANGELES – Microsoft mengumumkan konsol video yang terbaharunya, ¨Xbox One X¨ – dipaparkan sebagai konsol video yang paling berkuasa yang pernah dibuat, dan akan mencabar konsol video syarikat Sony, ¨PlayStation¨.

Menurut AFP, produk ini pada harga US$ 499 dibina dengan kuasa berupaya dimain pada televisyen definisi ultra tinggi, 4K dan boleh didapati di pasaran di seluruh dunia pada 7 November, menurut ketua pasukan Xbox, Phil Spencer.

Konsol video itu ingin menarik perhatian pemain video, Microsoft juga menunjukkan 42 permainan akan datang, dengan 22 tajuk yang disesuaikan khas untuk mainan eksklusif untuk konsol ¨Xbox One¨.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.