Lelaki Bakar Ibu Tiri Kerana Dikatakan Sengaja Rosakkan Motorsikalnya

Seorang lelaki membakar ibu tiri dan adik tirinya selepas mendakwa ibu tirinya itu sengaja merosakkan motornya dalam kejadian yang berlaku di sebuah perumahan di Makassar, Sulawesi.

Keadaan itu mengakibatkan ibu tirinya, Sania, 37, meninggal dunia selepas menjalani rawatan di hospital.

Jenayah kejam itu dilakukan oleh Suanda alias Saiful alias Ipul, 22, yang marah kerana motorsikalnya rosak dan tidak dapat dihidupkan. Dia menuduh Santi sengaja merosakkan motorsikal berkenaan.

Suanda kemudian mengambil minyak tanah dan menyimbah ke seluruh rumah termasuk perabot dan anggota keluarganya. Adik tirinya, Acce turut disimbah minyak tanah dan kemudian menyalakan api.

Santi cuba memadamkan api yang membakar Acce dengan cara memeluk anaknya itu menyebabkan dia turut terbakar.

Selepas Santi meninggal dunia, Suanda telah menyerah diri di balai polis. Dia mengaku membakar keluarga tirinya itu kerana curiga dan kerana wanita itu tidak memberikan wang untuk membolehkannya membaiki motorsikal berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.