Laporan Sarawak Report Hanya Berunsur Fitnah Kata Salleh

KUALA LUMPUR- Rakyat diminta untuk tidak mempercayai sebarang laporan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report yang mempunyai motif tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, portal berita itu hanya bertujuan menyebarkan fitnah untuk menjejaskan reputasi pemimpin negara.

“Sarawak Report adalah online paper (akhbar dalam talian) yang tujuannya hanya membuat fitnah kepada pemimpin kita.

“Oleh demikian rakyat tidak boleh terima bulat-bulat kerana mereka mempunyai motif tertentu untuk jatuhkan kepimpinan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk Kembara Negaraku di KL Sentral, lapor Bernama.

Menurut Salleh, bekas pengarang portal berita itu Lester Melanyi juga pernah mengakui 90 peratus berita yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah palsu dan telah diubah suai.

“Kita sedia maklum ada dokumen-dokumen pada Sarawak Report adalah dokumen yang telah diusik dan kesahihannya dipersoalkan.

“Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia jangan kelam-kabut menerima laporan-laporan seperti ini kerana semua itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.