Jawi Diarah Dedah Maklumat Anggota Terbabit Serbuan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini  mengesa Jabatan Agama Islam Wilanyah Persekutuan (JAWI) dalam masa 2 minggu untuk mendedahkan butiran anggota yang terlibat dalam penangkapan peguam Siti Zabedah Kasim dalam satu majlis anjuran golongan Transgender.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datin Faizah Jamaludin yang membenarkan permohonan Siti dalam kamar pagi ini kata peguam  Surendra Ananth.

“Hakim mengarahkan kerajaan persekutuan untuk menyediakan nama, kedudukan dan butir-butir mengenai anggota penguatkuasa yang terlibat dalam penangkapan itu dalam tempoh 14 hari,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut beliau lagi, permohonan tersebut berkaitan dengan niat anak guamnya untuk memfailkan saman terhadap JAWI berhubung penahanannya kerana didakwa mengadakan pertandingan ratu cantik di sebuah hoel pada 3 April tahun lalu.

“Isunya ialah kita tidak mempunyai nama-nama anggota yang terlibat.

“Jadi (permohonan) ini adalah pra-tindakan dalam usaha untuk meneruskan saman itu,” ujarnya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.