FGV: Lebih 50 orang akan Dipanggil – SPRM

KUALA LUMPUR – Seramai lebih 50 orang akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk membantu siasatan keatas Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki, ini mungkin termasuk pengerusi syarikat FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad.

“Kenyataan mereka adalah penting bagi membolehkan kami untuk melengkapkan siasatan, yang bermula minggu lepas.

“Pasukan siasatan juga akan sekali lagi ke pejabat Felda untuk merampas dokumen-dokumen yang berkaitan,” katanya yang dipetik dalam The Star.

Tambah beliau lagi, ini akan membantu siasatan berjalan dan diselesaikan dengan lebih cepat, bergantung kepada dapatan bukti yang dikumpul.

“Kami percaya kenyataan itu akan membantu SPRM untuk menyelesaikan kes secepat mungkin. Ia juga bergantung kepada bukti yang dikumpul,” katanya.

Menurut beliau lagi,  pegawai SPRM akan membuat satu lagi lawatan ke FGV untuk mendapatkan lebih banyak dokumen mengenai isu-isu yang dibangkitkan semasa proses siasatan pada minggu lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad juga mengesahkan suruhanjaya itu menerima beberapa laporan mengenai siasatan FGV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.