Dasar DAP Punca Perjudian Bercambah Dakwa PAS

PULAU PINANG – Pas Pulau Pinang mendakwa dasar dan pendekatan yang diamalkan oleh DAP menyebabkan kegiatan perjudian semakin berleluasa.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ahmad Safuan Ujar, pendekatan DAP yang hanya mementingkan keuntungan dan perolehan kewangan smata-mata nyata memberi kesan keatas aspek sosial masyarakan.

“Kegiatan perjudian yang semakin berleluasa di negeri ini dilihat berpunca daripada dasar dan pendekatan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Bahkan, tidak ada bezanya DAP dengan pemerintahan BN yang juga berpaksi sedemikian.

“Dalam konteks ini, kerajaan persekutuan yang diterajui BN meluluskan lesen judi, kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP pula adalah pihak pemberi ‘kemudahan’ lesen premis,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Harakahdaily.

Sebelum ini, hubungan di antara PAs dan DAP putus selepas Pilihanraya umum 2013, namun wakil tugas Pas Datuk Mohd Salleh Man yang mewakili DUN Permatang Pasir masih menjalinkan hubungn baik dengan kerajaan neger.

Hubungan PAS bersama DAP berakhir selepas pilihan raya umum 2013, meskipun wakil tunggal PAS, Datuk Mohd Salleh Man yang mewakili DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang masih menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan negeri.

Dalam pada itu,  Ahmad Safuan turut mendakwa, kemudahan lesen premis pusat hiburan berunsurkan perjudian menyebabkan kegiatan perjudian di negeri ini umpama ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Hal ini  tidak termasuk perjudian secara tersembunyi yang berselindung di sebalik aktiviti perniagaan yang mana kegiatan dan taktik tersebut semakin berleluasa serta bukan lagi satu rahsia.

“Peniaga berani ‘mengambil kesempatan’ itu kerana kerajaan yang memerintah pun seperti itu. Jika berlaku tangkapan atau tindakan undang-undang, akhirnya hanya membawa kepada saman.

“Mereka terlebih mampu untuk bayar dan setelah itu, sama ada kegiatan diteruskan, atau mereka akan memohon lesen sah,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.