Che Ta, Aaisyah Tampil Baju Raya Sedondon

Minaz Blooming Raya 2017 menampilkan ikon fesyen Rozita Che Wan atau Che Ta bersama Little Princess, Aaisyah Dhia Rana sebagai wajah utama koleksi raya Minaz Luxe Raya Edition 2017.

Sebanyak 20 koleksi termasuk helaian sedondon ibu dan anak disediakan tahun ini, lapor AstroGempak.

Koleksi Minaz Luxe Raya Edition 2017 hadir dengan palet rona terang dan pastel di samping menggunakan perincian seperti bulu pelepah, manik, bunga 3 dimensi memberikan ilusi mewah pada setiap helaian.

Kepada peminat Che Ta dan anaknya Aaisyah boleh mendapatkan koleksi baju tersebut di butik Minaz sekali gus dapat tampil bergaya dan kelihatan cantik seperti Che Ta di pagi raya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.