Bekas Jurulatih Perak Karl-Heinz Weigang Meninggal Dunia

IPOH – Bekas jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan, Karl-Heinz Weigang, meninggal dunia pada usia 81 tahun di Jerman petang ini waktu Malaysia, berikutan serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan media oleh The Bos Gaurus pada petang Selasa.

Lagenda Weigang yang dikenali sebagai “Atuk” di kalangan peminat bolasepak Perak pernah membawa Malaysia ke puncak kegemilangan sewaktu mengetuai pasukan ke Olimpik 1980.

Weigang juga pernah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan pencapaian tertinggi dalam arena bolasepak dunia melalui penganugerahan Merit of Gold daripada FIFA pada tahun 1998.

Mengetuai sebanyak lapan pasukan kebangsaan termasuk Vietnam, Mali, Sri Lanka dan Malaysia, Weigang juga pernah mencurahkan ilmu beliau di pasukan Perak, Johor dan pasukan kebangsaan sejak berkecimpung bermula tahun 1964 hingga 2017.

Jurulatih veteran yang komited dalam kerjayanya merentasi benua Afrika dan Asia ini juga dikenali sebagai seorang berdedikasi dan mengangkat tinggi etika FIFA di dalam perjalanan kariernya.

Baru-baru ini, rakan karibnya, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meninggal dunia pada 9 Jun lepas di Hospital KPJ Ipoh. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.