Anak Beckham Samakan Pakaian Ibunya Dengan Lobak Merah

Anak kepada pemain bola sepak David Beckham, Romeo menyamakan fesyen ibunya, Victoria dengan lobak merah.

Menerusi muatnaik di laman instagramnya, Romeo telah berkongsi sekeping gambar ibunya yang tampil dengan imej yang unik sehingga menarik perhatian netizen.

Entri tersebut telah membandingkan foto ibunya dengan sebatang pen berbentuk lobak merah dan karekter seekor arnab bernama Judy Hopps.

Dengan menggunakan kapsyen ringkas “Hilarious!,” ternyata gambar tersebut mengundang rasa lucu pengikutnya, seperti memetik laporan AstroGempak.
 
Penampilan bekas anggota Spice Girl yang mengenakan baju berlengan panjang berwarna jingga dan seluar hijau tersebut dirakamkan paparazzi ketika Victoria berada di New York.

Pakaian itu juga merupakan koleksi terbaharu musim panas jenamanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.