10 Tanda Pulau Pinang Negeri Yang Gagal

Sejak 2008 Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang, banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh penduduk di negeri berkenaan. Semakin lama semakin banyak yang terdedah, sekali gus menunjukkan akan kegagalan Guan Eng serta Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang.

Kegagalan beliau memerintah telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal. Sebenarnya banyak yang boleh disenaraikan namun cukup sekadar 10 sahaja untuk disenaraikan di sini kerana itu pun sudah cukup untuk orang ramai menilai siapakah Guan Eng.

Berikut adalah 10 tanda Pulau Pinang adalah negeri yang gagal.

1 – Ketua Menteri terlibat dalam kes rasuah. Guan Eng telah didakwa pada 30 Jun tahun lepas atas pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

2 – Tanah di negeri itu habis digadai. Mengikut laporan media, pada 2014, tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM57 juta kepada Paramount Group. Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan tanah seluas 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM1.09 bilion kepada Temasek Singapura. RM3.5 billion lagi adalah kepada Hunza Land.

3 – Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi. Tindakan Guan Eng membentangkan rang undang-undang bagi membenarkan pinjaman dari China Exim Bank dipertikaikan sendiri oleh beberapa wakil rakyat DAP dan PKR kerana ia bakal mendedahkan negeri itu kepada hutang lebih besar.

4 – Pelaburan makin kurang. Beberapa media termasuk akhbar berbahasa Cina sebelum ini telah melaporkan bahawa kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur kini semakin goyah. Ini kerana sembilan kilang dijangka berpindah dan akan turut mengurangkan pekerja.

5 – Masalah rakyat semakin banyak termasuk isu banjir yang tidak selesai. Isu banjir kilat memang tidak dinafikan sering berlaku di negeri itu. DAP gagal menyelesaikan masalah banjir itu sejak memerintah hinggakan terpaksa meminta bantuan kerajaan pusat.

6 – Alam sekitar terganggu akibat projek tambakan laut dan penebangan pokok. Inilah juga antara punca berlakunya banjir kilat.

7 – 51 projek gagal. 51 projek itu adalah janji-janji DAP ketika memerintah negeri itu. Namun sehingga kini tidak diketahui apa yang berlaku dan setakat mana progress pembangunan projek berkenaan.

8 – Kroni kuasai kerajaan negeri. Isteri Guan Eng iaitu Betty Chew pernah dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

9 – Pentadbiran kerajaan negeri ini telah dikecam ramai kerana dikuasai dua beranak, iaitu anak dan bapa.

10 – Bersifat rasis pada kaum lain.Tak payah isu besar, tengok sahaja kepada isu penjaja. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof pernah menyatakan bahawa penjaja Melayu dan bukan Melayu menerima layanan berbeza.

Banyak lagi yang boleh disentuh tetapi dengan 10 tanda ini, ia sepatutnya sudah cukup membuka mata semua. Itu belum lagi disentuh isu integriti Guan Eng sendiri yang sudah banyak kali didesak meletak jawatan susulan kes rasuahnya di mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.