Video : 77 Pemohon Rumah Mesra Rakyat Terima Sijil SPNB

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Seramai 77 pemohon rumah mesra rakyat terima sijil Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

 

Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad berkata, ia melibatkan peruntukkan sebanyak RM11 Juta daripada SPNB kepada mereka yang layak menerima rumah mesra rakyat 1 Malaysia.

 

“Mereka hanya perlu membayar RM45 ribu untuk 25 tahun bersamaan RM270 sebulan.

 

“RM20 ribu itu merupakan subsidi secara terus daripada kerajaan pusat, terus kepada penerima, kerana rumah mesra rakyat yang 1000 kaki persegi, 3 bilik dan 2 bilik air dan harganya RM65 ribu sahaja.

 

“Jadi mereka perlu bayar RM45 ribu. Sijil itu telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,”katanya di majlis penyerahan sijil kelayakan yang disempurnakan oleh Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

 

Turut Hadir pada program itu, Adun Manong, Mohamad Kamil Safie, anak calon Barisan Nasional (BN), Wan Emir Astar dan Wan Iskandar.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.