Rafizi Fitnah MARA Sekali Lagi – Ismail Sabri

SABAK BERNAM – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan pembangkang kononnya elaun bulanan penuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) dikurangkan dari RM250 kepada RM225.

 

“Saya difahamkan Rafizi (Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli) mengatakan elaun bulanan Mara dikurangkan dalam ceramahnya malam semalam di Sungai Besar.

 

“Ingin saya maklumkan bahawa Mara tidak pernah pun mengurangkan elaun untuk penuntut IKM, malah mana-mana institusi lain,” katanya.

 

Beliau menafikan tohmahan Rafizi itu dalam sidang akhbar selepas melawat Maktab Rendah Sains Mara Sungai Panjang di sini semalam.

 

Menurutnya, Rafizi tidak pernah serik menabur fitnah terhadap kerajaan pusat terutama Mara.

 

“Dahulu pun dia buat fitnah bahawa kerajaan menghentikan penajaan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara,” kata beliau. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.