Video: Warga Filipina Kecam Media Singapura Aibkan Atlet Renang

Kuala Lumpur – Para pengguna media sosial dari Filipina mengecam tindakan media Singapura dan segelintir peminat sukan yang mengutuk dan menghina dua atlet renang negara itu yang diberi markah kosong selepas gagal melakukan terjunan dengan baik dalam temasya Sukan Sea ke-28.

 

Mereka menyifatkan tidakan itu sebagai tidak bertamadun kerana tidak menunjukkan nilai dan semangat kesukanan yang sebenar.

 

 

Menurut mereka, masyarakat sepatutnya memberi sokongan moral terhadap para atlet yang mengambil bahagian daam temasya sukan itu dan bukan sebaliknya.

 

Menurut mereka lagi media Singapura juga tidak bersifat profesional apabila dilihat sengaja memperbesarkan isu tersebut apabila memuatnaik rakaman di media sosial sehingga menyebabkan ia viral.

 

Terdahulu pengendali sebuah laman Facebook di Singapura memuatnaik rakaman aksi terjunan John David Pahoyo dan John Elmerson Fabriga.

 

Melalui rakaman itu kedua-dua atlet tersebut memperolehi markah kosong apabila gagal menyudahkan terjunan dengan baik.

 

Sementara itu Pahoyo dan Fabriga bagaimanapun tidak menyesal kerana gagal menyempurnakan terjunan tiga meter berkenaan.

 

“Ini bukan kali pertama saya gagal menyempurnakan terjunan,” kata Pahoyo dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini.

 

“Dan saya masih berbangga kerana bukan semua dari kalangan kami mendapat peluang untuk mewakili negara dalam temasya sukan besar,” sambungnya.

 

“Mampukah anda tersenyum selepas malu di hadapan beribu-ribu penonton?” tambahnya lagi.

 

Pelayar laman sosial bagaimanapun berpendapat kedua-dua atlet sudah melakukan yang terbaik.

 

“Mereka sudah cuba (yang terbaik). (Rakyat) Filipina tidak akan putus asa. Saya bangga dengan mereka,” Kata Jores April.

 

Dalam acara tersebut, penerjun negara, Ooi Tze Liang berjaya membawa pulang pingat emas selepas mengumpul 473.55 mata untuk enam terjunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.