Video: Gadis Cilik Bawa Bunga ‘Ditampar’ Lepas Jumpa Ratu Elizabeth

Kuala Lumpur – BAGI seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, peluang bersua muka dengan kerabat diraja tentunya bukan satu perkara biasa.

 

Namun bagi Maisie Gregory, peluang sekali seumur hidup itu bertukar menjadi kenangan yang ‘menyakitkan’ buatnya.

 

 

Apa tidaknya, pada masa itulah dia menjadi mangsa ‘penampar’ seorang askar pengiring.

 

Maisie dipilih untuk menghadiahkan sejambak bunga kepada Ratu Elizabeth ketika kunjungan pemerintah England itu ke Cardiff untuk satu majlis anjuran Regimen Askar Diraja Cardiff.

 

Maisie yang nampak sangat comel dengan gaun tradisi Wales, berada di tepi askar pengiring berkenaan ketika kejadian yang tidak disengajakan itu berlaku.

 

Sebaik Maisie menyerahkan bunga itu kepada Ratu, askar berkenaan terus mengangkat tabik hormat dan tanpa disengajakan, dia ‘tertampar’ Maisie.

 

Jika dilihat pada video-video yang tersebar di laman Youtube, dapat dilihat dengan jelas betapa kuat tamparan itu, apatah lagi untuk seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

 

Askar berkenaan bagaimanapun telah meminta maaf daripada Maisie dan ibunya, Joanna.

 

Bapa Maisie merupakan ketua askar pengiring yang berkawad dari Istana Cardiff ke Millenium Stadium, sempena menyambut kedatangan Ratu Elizabeth ke acara tersebut. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.