Selepas 24 Tahun, Erma Fatima Nekad Mahu Bercerai

Kuala Lumpur – Pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azme (Bade) di Mahkamah Rendah Syariah, selepas 24 tahun mendirikan rumah tangga.

 

Laporan Berita harian menyebut, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, selaku plaintif memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, hari ini.

 

Sementara itu Bade ketika ditemui berkata, dia tidak hadir ke mahkamah semalam kerana tidak tahu menahu mengenai tindakan isterinta pengarah Erma Fatima yang memfailkan permohonan cerai.

 

Memetik laporan mStar online, Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, berkata, dia tidak pernah mendapat mana-mana panggilan telefon daripada peguam berhubung hal berkennaan.

 

“Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini,” katanya.

 

Pengarah filem KL Menjerit itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keputusan Erma mahu berpisah.

 

“Tak dapat nak komen lagi (mengenai hal itu),” katanya ringkas.

 

Terdahulu sebutan pertama kes permohonan cerai yang difailkan oleh Erma Fatima atau Fatimah Rahmad , 47, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Khamis terpaksa ditangguhkan selepas Bade gagal menghadiri prosiding berkenaan.

 

Sehubungan itu hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membenarkan Erma mengemukakan notis amaran kerana ketidakhadiran suaminya itu.

 

Erma selaku plaintif diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman.

 

Kes berkenaan akan disebut semula 10 Ogos depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.