Polis Tahan 30 Orang Berkaitan Aktiviti Dadah Di Batu Caves

Kuala Lumpur – Polis menahan 30 orang termasuk dua warga Myanmar dan seorang Bangladesh kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah dalam operasi di Batu Caves di sini, Sabtu.

 

Pegawai Penyiasat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul Hngh Ah Leong berkata mereka yang ditahan berumur antara 20 hingga 50 tahun membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

 

“Polis turut merampas beberapa bungkusan heroin,” katanya dan menurutnya Ops Sarang itu diadakan selama enam jam bermula 6 pagi ini.

 

Beliau berkata polis sedang mengenal pasti identiti pembekal dadah dan siasatan mendapati semua yang ditahan hari ini tidak mempunyai hubungan dengan sebarang sindiket. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.