Peniaga Kosmetik Maut Ditembak Di Bandar Baru Nilai – Polis

Nilai – Seorang peniaga kosmetik maut akibat ditembak di tempat letak kereta sebuah restoran di Bandar Baru Nilai di sini Jumaat malam selepas menghadiri majlis makan malam di restoran itu.

 

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdullah Roning berkata Lim Kim Song, 34, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dalam kejadian 11.15 malam itu.

 

“Mangsa sedang bersembang dengan rakannya apabila tiba-tiba datang sebuah kereta berhenti depan mereka dan pemandu kereta itu kemudian menurunkan cermin tingkap kereta dan melepaskan empat das tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa.

 

“Mangsa yang terkena tembakan itu terus rebah dan suspek melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

 

Katanya rakan mangsa membawa mangsa ke HTJ namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.