Nazri Aziz Gembira Nilai Mata Wang Negara Jatuh

Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika di Parlimen berkata, beliau sangat gembira dengan kejatuhan nilai Ringgit berbanding mata wang lain.

 

Katanya, nilai mata wang negara yang rendah mendorong pelancong asing untuk lebih berbelanja sekali gus membantu merangsang ekonomi negara.

 

Sementara itu Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan kejatuhan mata wang negara memberi kesan ‎tambahan kepada rakyat negara ini ketika berada diluar negara.

 

Katanya, kejatuhan nilai ringgit ini menyebabkan rakyat tidak senang duduk.

 

“Kini, kebetulan saya berada di luar negara sudah dua minggu dan dapat merasai kejatuhan itu. Semoga ALLAH selamatkan kita semua.

 

“Oleh itu, sesiapa yang berada di luar negara akan terasa bagaimana mata wang kita jatuh. Keadaan ini menjadikan rakyat amat bimbang,” katanya menerusi laman Facebook.

 

Jelasnya lagi, menerusi ‘cakap-cakap’ orang ekonomi punca kejatuhan nilai ringgit adalah kerana kesan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tiga minggu yang lalu ada pakar ekonomi memaklumkan kepada saya bahawa ringgit akan jatuh. Ia salah satu kesan 1MDB, katanya. Saya hanya mendengar penerangannya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.