Nahas Libatkan Myvi Di Lebuh Raya Pantai Timur 2

Kuala Lumpur – Lagi nahas di Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran susur keluar ke Ajil, Terengganu.

 

Dalam kejadian pada petang Sabtu, tiada kemalangan yang berlaku tidak menggorbankan sebarang jiwa.

 

Menurut laporan yang dipetik daripada portal Terengganu Times, nahas membabitkan kereta Myvi yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

 

Minggu lalu Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memaklumkan, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa lokasi maut di sepanjang 184 kilometer dari Jabor ke Kuala Terengganu.

 

Katanya, kemalangan yang berlaku di Lebuh raya Pantai Timur Dua (LPT2) bukan disebabkan faktor jalan raya.

 

Sebaliknya, nahas yang berlaku dikaitkan dengan sikap dan kecuaian pemandu yang menggunakannya.

 

Sepanjang empat bulan pertama tahun ini, lebih 14 dilaporkan maut akibat nahas jalan raya di sepanjang laluan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.