Video: Jangan Campur Hal Politik, Kata Nazri Pada Tengku Mahkota Johor

Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz membidas kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sambil memintanya agar tidak campur tangan dalam urusan politik negara.

 

Menurut Nazri tindakan anakanda Sultan Johor itu yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu-isu politik negara akan menyebabkan beliau dikecam.

 

 

“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia.

 

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

 

“Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

 

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

 

Tunku Ismail pada 5 Jun lalu berkata, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul dipercayai merujuk kepada tindakan Perdana Menteri untuk tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.

 

Kenyataan itu mengejutkan banyak pihak dan dikongsi meluas di Internet, terutamanya di media sosial.

 

4 thoughts on “Video: Jangan Campur Hal Politik, Kata Nazri Pada Tengku Mahkota Johor

  • June 13, 2015 at 8:25 pm
    Permalink

    Bodoh punya Nazri kenapa nak larang TMJ nyatakan pendapat Dan luahan perasannya tentang Najib. INI negara demokrasi. Najib Sendiri heret Sultan Pahang kata sokong dia. Tabik Dan tahniah kepada TMJ menegak kebenaran Dan menentang Najib yg Zalim GST Dan penghabis duit rakyat melalui 1 MDB

    Reply
  • June 14, 2015 at 1:02 am
    Permalink

    tindakan dan kata2 menteri yg mcm ni akan membenamkan BN terus ….pendapat

    Reply
  • June 17, 2015 at 3:11 pm
    Permalink

    Ini negara demokrasi so sesiapa pun boleh bercakap, kalau x berani menerima teguran jangan jadi rakyat Malaysia. Baru jadi Menteri dah berlagak, berpijak di bumi nyata. Sultan Brunei pun x berlagak macam dia, pandanglah ke bawah siapa kita.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.