Hantaran RM91,091.90 : Saya Mampu – Hairul Azreen

Selesai sudah majlis perkahwinannya pada 5 Jun lalu namun tiba-tiba timbul cerita yang kurang enak apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan kemampuannya Hairul Azreen dalam berbelanja besar bagi meraikan hari bahagianya termasuklah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM91,019.90.

 

Difahamkan nilai wang hantaran itu sebagai simbolik kepada tarikh lahir isteri tercinta, Hanis Zalikha.

 

Mengakui terkilan dengan isu tersebut, pelakon Hairul Azreen berkata hal itu tidak sepatutnya timbul kerana pemberian tersebut adalah di atas kemampuannya.

 

“Saya tidak faham apabila ada segelintir pihak mempersoalkan wang hantaran dan majlis pernikahan saya sedangkan tetamu yang hadir semuanya gembira. Apa juga perbelanjaan yang diperuntukkan untuk majlis saya dan Hanis adalah hasil kerja keras saya.

 

“Berapa pun jumlahnya mestilah dalam kemampuan saya. Jadi, kenapa harus pertikai. Apa yang saya belanjakan adalah hadiah ikhlas buat isteri dan keluarga. Kalau saya tak mampu takkanlah saya berani mengeluarkan belanja sebesar itu”

 

“Doalah yang baik-baik buat dan Hanis, itu lebih molek daripada membangkitkan isu yang tidak perlu,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!