Gambar Separuh Bogel, Peminat Tasha Shilla Saling Bergaduh

Kuala Lumpur – Nampaknya isu imej separuh bogel membabitkan seorang wanita didakwa pelakon popular yang tersebar dalam media sosial kelmarin terus hangat dan sesetengah pengguna laman sosial berantakan sesama sendiri untuk menegakkan pendapat masing-masing.

 

Tidak lama selepas imej separuh bogel berkenaan menjadi viral, pengguna Internet berpusu-pusu meluahkan komen mereka dalam akaun Instagram artis yang didakwa beraksi di depan kamera dengan hanya berseluar dalam itu.

 

Pelbagai rujukan dan tohmahan dilontarkan pengguna yang singgah di akaun berkenaan sehingga pada satu ruangan ia mencapai sekurang-kurangnya 199 komen.

 

Asakan demi asakan komen ditujukan buat artis itu, namun hingga kini ia tidak dijawab.

 

Tamparan paling hebat sudah tentu datang daripada haters artis itu yang mengambil peluang keemasan itu untuk menyerang artis terbabit.

 

Pengguna akaun @znell9021 misalnya menulis: “Banyak kali dah kut dia kantoi buat perangai tidak senonoh. Dan ***** aku rasa kalau teman lelaki kamu tidak mahu, janganlah sampai kirim gambar macam itu. Jangan tidak mengaku pulak atau buat cerita kena buatan orang. Lagi setahun kau datang balik dalam industri.”

 

Pengguna akaun @emafinie pula berkata: “hang buat malu kaum *****. Dah la artis.”

 

Tasha Shila 1

Kalau ada haters, pasti ada likers (dalam konteks ini yang menyokong artis tersebut). Golongan ini sentiasa percaya pada artis kegemaran mereka tidak kira apa isu yang timbul.

 

 

Semoga kuat

 

Dalam erti kata lain, mereka jenis ini yang sentiasa positif dan tetap mendoakan artis berkenaan.

 

Dalam akaun digunakan pengguna @fabuloussleem: “Semoga kuat kak *****.”

 

Pengguna @sayabukankamu menyatakan: “Kalau betul pun dia, berilah peluang untuk berubah. Semua orang pernah buat silap.. Doa je yang baik-baik.”

 

Pengguna @dya_danielle77 berkata: “Semoga kuat *****. Pedulikan mereka yang menghakimi sebab tiada siapa maha Hakim atau Hukum kecuali Allah. Orang yang kutuk, mengumpat itu semuanya tolong bagi kamu pahala percuma. Sepatutnya mereka ini lebih bail meneliti diri sendiri daripada mencari salah orang lain. Bersabar ya sayang. Banyakkan berdoa, moga Allah beri petunjuk dan pertolongan. In Sya Allah k.”

 

Namun, ada juga golongan yang seakan berdiri atas pagar, tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka sama ada masih tertanya-tanya, suka atau keliru mengenai kesahihan imej wanita seksi itu seperti pengguna yang menggunakan akaun @i_am_sma: “Nampak macam betul gambar itu.”

 

Pengguna @littleredridinghood273 pula berkarta: “Geli aku baca komen yang lucah-lucah ini. Komen macam tidak ada mak, kakak, or adik perempuan je.”

 

Manakala pengguna akaun izzat_iqbal_ menyatakan: “Terima kasih payung.”

3 thoughts on “Gambar Separuh Bogel, Peminat Tasha Shilla Saling Bergaduh

  • June 14, 2015 at 11:25 pm
    Permalink

    Sesiapa yang buka aib seseorang necscaya allah akan membuka aibnya di padang mahsyar nanti..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.