Filem Prof A. Razak Mohaideen Diiktiraf Malaysia Book of Records

Filem Chowrasta arahan Profesor Datuk A. Razak Mohaideen diiktiraf dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya mengumpul 4,460 orang penonton pada tayangan perdananya yang diadakan di di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, semalam.

 

Menurut Prof A Razak yang juga merupakan Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), kejayaan diperolehi adalah 100 peratus usaha yang dilakukan oleh pelajar FiTA.

 

“Alhamdulillah, akhirnya Chowrasta berjaya diiktiraf kerana ia merupakan kejayaan tayangan filem yang ditonton paling ramai dalam satu masa.

 

Kejayaan tersebut merupakan hasil usaha dilakukan sepenuhnya daripada pelajar FiTA yang melibatkan 60 orang pelajar dan 25 pensyarah. Mereka berganding bahu dalam merealisasikan tayangan filem ini,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

 

Tambahnya, filem ini merupakan hadiah kepada semua Alumni UiTM agar mereka mengingati semula jasa yang dicurahkan oleh UiTM sehingga berjaya melahirkan graduan berjaya.

 

Filem ini merupakan inspirasi dilakukan daripada buku Mencorak Destini yang mengisahkan mengenai  perjuangan hidup Hamid dalam memertabatkan bangsa melayu.

 

Bakal ditayangkan pada Disember depan, Chowrasta dibintangi barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor dan Fauzi Nawawi, Chem Amar, Nora Danish, Ristina Munim, Safiah Hanifah dan Wan Hanafi Su.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.