Bekas Pemain Drum Nirvana Patah Kaki Ketika Konsert

BEKAS pemain drum kumpulan Nirvana, Dave Grohl patah kaki selepas melompat dari pentas ke arah penonton dalam satu konsert yang diadakan di Gothenburg, Sweeden pada Jumaat.

 

Grohl yang menganggotai kumpulan Foo Fighters sejak 1994 hingga kini bagaimanapun masih meneruskan nyanyian serta bermain gitar walaupun dalam keadaan kaki terkulai.

 

Kejadian mengngerikan itu turut mengejutkan penonton kerana Grohl diberikan rawatan sambil bermain gitar.

 

Lebih malang buat ahli muzik itu, kejadian tersebut menimpanya ketika konsert baru memasuki lagu kedua.

 

Sebaik sahaja mengetahui kakinya telah patah, Grohl dengan spontan berkata,” anda fikir anda mampu patahkan kaki saya hari ini, ya…kaki saya telah patah.”

 

Grohl kemudiannya dibawa ke belakang pentas untuk menerima rawatan lanjut dan tidak lagi kembali di depan peminatnya. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.