Ratu Cantik Indonesia Maut Kemalangan

Jakarta – Ratu cantik Indonesia, Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di Jakarta Utara pada Khamis, lapor Kompas.com.

Ketika kejadian, Rizka, 31 tahun, yang juga Miss Jakarta 2004 bersama suaminya, Aldico Juniarto menaiki teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk ke Malaysia.

Menurut pihak berkuasa, nahas dikatakan berpunca daripada pemandu teksi yang hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya.

“Teksi merempuh sebuah trak yang diletakkan di tepi jalan sebelum berpusing dan melanggar sebuah Honda CRV yang dipandu laju.

Akibat rempuhan Honda CRV lalu melanggar penghadang jalan konkrit pula,” katanya.

Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.

Rizka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo.

Jenazahnya disemadikan di kawasan perkuburan Karet Bivak, di Jakarta Pusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.