Pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 mungkin ditangguh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata pelaksanaan perlu melalui pertimbangan teliti di peringkat Kabinet, termasuk mengambil maklum balas daripada kementerian berkaitan.

“Sejujurnya, saya tidak tahu dari segi maklumat terkini, tetapi kita mesti sebagai tanggungjawab kerajaan melihat juga keadaan ekonomi.

“Kita perlu melihatkan keadaan ekonomi dan dari segi apa yang akan dicadangkan akan dibentangkan di bahagian Kabinet dulu.

“Kabinet akan melihat melalui maklum balas setiap kementerian bersesuaian atau tidak untuk melaksanakan atau pun tidak,” katanya ketika ditemui selepas prapelancaran WE2025: Future in Motion Women in Trade. Leadership. Investment, lapor BH pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijadualkan dilaksanakan pertengahan tahun ini berkemungkinan ditangguhkan.

Dalam pengumuman Belanjawan 2025 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.

Beliau berkata, penjimatan yang dicapai akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Mac lalu dilaporkan bahawa pembangunan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar RON95 sedang diperhalusi dan kerajaan tidak mahu mengumumkan sesuatu pelaksanaan dasar secara terburu-buru.

Beliau berkata, pelaksanaan subsidi bersasar RON95 akan menggunakan dua peringkat harga iaitu harga subsidi dan tanpa subsidi.

Katanya, sistem yang akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak adalah melalui MyKad.

Kerajaan dijangka mengumumkan mekanisme lengkap pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 selepas separuh pertama tahun ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat