8 anggota FRU maut bertembung lori batu di Teluk Intan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lapan dilaporkan maut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus -Sungai Lampam di Teluk Intan pada Selasa.

Maklumat awal memaklumkan, kesemua mangsa yang maut merupakan anggota FRU dengan sebahagiannya cedera parah akibat tersepit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan jam 8.54 pagi melibatkan kenderaan FRU membawa 15 penumpang dan pemandu.

“Setakat ini mangsa yang disahkan maut seramai lapan orang. Mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke hospital.

“Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian,” katanya.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat