Nora Danish Menfailkan Saman Fitnah Terhadap Fasha Sandha

BERIKUTAN kenyataan panas Fasha Sandha baru-baru ini menerusi laman Instagram yang dikatakan membabitkan dirinya, pelakon terkenal Nora Danish telah bertindak menfailkan saman fitnah terhadap bintang itu, semalam.

Menurut Nora, tindakan itu diambil ekoran Fasha mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat sekali gus telah menjejaskan reputasi syarikat dan maruah keluarganya.

“Kerosakan sudah dibuat dan saya menerima impak teruk terhadap perniagaan dan maruah keluarga saya.

“Jadi saya telah mengupah peguam dan tindakan undang-undang telah diambil atas tuduhan fitnah yang dibuat terhadap saya.

“Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan dia (Fasha).

“Malah saya juga sangat bersedia untuk naik turun mahkamah jika perkara ini berlarutan,” kata Nora ketika sidang media di Publika, seperti yang dipetik di Astro Gempak.

Jelasnya, dia juga tidak tahu menahu tentang insiden halau-menghalau yang didakwa Fasha itu dan mengapa pula dia sanggup bertindak sedemikian sedangkan itu bukan majlisnya.

Selain menfailkan saman terhadap Fasha, Nora turut mengambil tindakan undang-undang kepada seorang blogger yang dikatakan  mengemas kini status berbaur fitnah dan berat sebelah.

Persengketaan ini bermula apabila Fasha mendakwa dia telah ‘dihalau’ daripada sebuah majlis pertunjukan fesyen anjuran sebuah syarikat tekstil terkemuka malam Rabu.

Dakwanya, seorang artis konon akan menarik diri daripada muncul dalam pertunjukan fesyen tersebut sekiranya Fasha, 33, hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung di salah sebuah hotel ternama di ibu negara.

Konflik menjadi lebih panas apabila Fasha turut membabitkan keluarga Nora dengan mendakwa keluarganya hidup ditanggung orang.

Seperti umum mengetahui, kedua-dua aktres ini merupakan bekas isteri Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.